Sunday 7 December 2014

Novel: Hanya untuk dia....





Sinopsis


Amira, wanita yang cekal menghadapi dugaan hidup. Selepas dirinya dinoda, dia membawa diri mengubah kehidupan walaupun terpaksa melupakan cinta pertamanya. Pertemuan semula kekasih hati, KhairulAzmi mengingatkan semula kisah lama. Sikap Khairul Azmi yang bersahaja, menjadikan dia yakin lelaki itu tidak lagi mencintainya. Apatah lagi Khairul Azmi memilih Suraya menjadi suri hatinya.

Amira sedar dia tidak layak untuk lelaki sesuci Khairul Azmi. Dalam kekecewaan dia akhirnya menerima lamaran Zahid yang sanggup menerima seadanya yang tahu sejarah hidupnya. Dia harap Zahid akan membahagiakannya.

Ketika dia mula menerima Zahid, Khairul Azmi muncul dengan persoalan. Mengharap cintanya kembali. Namun Amira sudah berjanji, berjanji untuk Zahid. Namun panas tak sampai ke petang. Zahid menduakan Amira sebelum pergi menemui Ilahi. Sekali lagi Amira kecewa. Sekali lagi Khairul Azmi hadir menagih cintanya selepas banyak dugaan yang datang. Amira keliru... masih adakah bahagia untuknya?

“Az... Mira bukan wanita yang dulu. Mira tak layak untuk Az... Mira tak layak untuk menjadi isteri Az” ~ Amira

“Mira akan jadi milik Zahid. Itu sudah memadai. Zahid tak harapkan apa-apa. Zahid Cuma mahu Mira bahagia walau di mana Mira berada.” ~ Zahid

“Mira... Jangan tinggalkan Az” ~ Khairul Azmi

Tuesday 2 December 2014

PERCUTIAN KELUARGA DI PANTAI BUATAN MANUSIA



Bercuti bersama keluarga atau rakan pasti dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan.
Malah, dengan disusuli beberapa aktiviti menyeronokkan pasti memeriahkan lagi suasana itu.
Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre yang terletak di Port Dickson adalah destinasi tidak kurang hebatnya bagi percutian seisi keluarga.
Resort berkonsepkan laut ini dibina di atas tanah seluas 23 hektar dan ia adalah pantai buatan manusia terbesar di Malaysia.
Lokasinya terletak kira-kira 13 batu dari bandar Port Dickson. Perjalanan ke resort ini dari Kuala Lumpur mengambil masa 90 minit dan 30 minit dari Seremban.
Unit apartmen resort dibina mengelilingi empat pantai buatan dengan empat pilihan iaitu Studio Suite Standard, Family Junior Suite, 2 Bedroom Family Suite dan Studio Premier Suite.
Pantai buatan dan taman tema air dengan pelbagai mainan ini pasti menjanjikan pengalaman percutian bersama keluarga atau rakan yang menyeronokkan berbanding sebelum ini.
Di setiap pantai dikelilingi pepohon kelapa dengan pasir memutih seolah-olah seperti pantai sebenar, cuma bezanya ia tidak berombak.
Beriadah sambil mengayuh basikal berkembar mengelilingi resort sambil menghayati keindahan landskapnya atau berjoging sambil mengabadikan kenangan bergambar bersama keluarga antara yang menarik bagi mereka yang sukakan aktiviti santai.
Selain itu, gimnasium, ping pong, bola tampar, sauna, jakuzi, kedai jualan dan kelab kanak-kanak disediakan bagi memenuhi aktiviti untuk sesisi keluarga yang datang ke Primaland.
Aktiviti hujung minggu dan cuti persekolahan pula adalah yang paling menarik, dengan pertunjukan badut, persembahan kumpulan muzik diundang khas di kelab disediakan dan menonton wayang secara percuma pada waktu malamnya.
Lebih menarik, bagi penggemar makanan ala Thai pula bolehlah mencuba di Ana Thai Restoran yang beroperasi dua sesi dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 10 malam.
Selain itu, kafe seperti Anna Kopitiam dan Prima Kitchen menjadi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati makanan dan minuman berkualiti lagi memuaskan hati tatkala kelaparan atau kepenatan sesudah melakukan aktiviti di resort.
Berkonsepkan perkhidmatan pangsapuri, pusat peranginan ini juga bukan saja menyediakan kemudahan untuk percutian keluarga, malah sesuai untuk acara korporat serta kegiatan bina semangat berpasukan.
Mereka yang bercadang membawa keluarga bercuti boleh melayari laman sesawang: www.prcc.com.my atau menghubungi talian 06-6626363 untuk keterangan lanjut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12036#sthash.jD5jgWZr.dpuf